MAKANAN MENGIKUT AJARAN ISLAM

MAKANAN MENGIKUT AJARAN ISLAM

Jumaat, 17 Disember 2010

kemboja, satu pengalaman yang menyegarkan

assalamualaikum dan salam penuh hormat

entry kali ni saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman ke kemboja baru baru ni.....agak menarik kerana saya berkesempatan singgah di Angkor Wat dan ke bandar Phenon Phen....

jadual cuti akhir tahun ni agak padat....berkejar kejar dibuatnya......
pada hujung 20.11.2010, saya bersama taman karib (ezzuan daniel marang krapu) berkesempatan terbang ke Jakarta untuk 4 hari berliburan melepaskan penat setahun berkaerja. selepas itu, saya ke Kedah dan Pulau Pinang bagi menghadiri jemputan walimah teman guru sesekolah ( lutfa@ikan keli & pasangan puan ct aishah)....selepas itu berangkat ke Kemboja dan terus terbang ke Kota Kinabalu manghadiri induksi SSM.......penat sangat.....itu semua akan saya ceritakan pada entry akan datang.....

kemboja atau cambodia.....penerangan asas...kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta....

Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.
Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.
Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.
Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.
Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.
maklumat dari wikipedia......


rombongan kami disertai 15 peserta dari pelbagai ceruk rantau...ada isteri bekas menteri, pensyarah, guru, kakitangan UPM, blah blah blah.yang pasti rakan baik saya osman mama dan adha kedondong turut serta.....kami berangkat dari lcct pada 3 petang 8 dis 2010 dan tiba Phnom Penh pada jam 5 lebih.perjalanan hanyalah 1 jam 30 minit...seperti bias nasi lemak pak nassir menjadi pilihan saya dalam perjalanan air asia....tak tau la...da tabiat kot.kami disambut oleh seorang petugas persatuan pembangunan ekonomi Kemboja dan dibawa ke hotel parissss.....murah je 16 dollar us sehari...berdekatan dengan restoran makanan halal dan masjid negara Kemboja yang bersebelahan sungai Mekong......